CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 27 February 2012

KENAPA ?

         Kadang-kadang hidup ni tak adil . Bagiku amat tak adil ! kenapa ? Sebab , KENAPA setiap kali kita sudah mula menyayangi seseorang itu , ketika itu jugalah dia menjauhkan diri atau mula menghilangkan diri ? KENAPA rasa itulah yang membuatkan fikiran kita bercelaru ? Membuatkan hati kita terasa amat pedih dan amat payah atau sukar untuk kita lalui ? Dan KENAPA setelah dia jauhkan diri , baru kita sedar betapa bodohnya kita kerana tidak meluahkan isi hati yang selama ini kita pendam dan selama ini menyeksakan kita kepada dirinya yang telah berlalu pergi ??

          Dan pada masa itu jugalah kita sanggup menyeksa diri sendiri dengan pelbagai cara sekalipun . KITA SANGGUP terperap dalam bilik memanjang hanya dengan memikirkan tentang dirinya , ADAKAH dia di sana juga berbuat demikian ? KITA SANGGUP tak makan beberapa hari hanya dengan memikirkan tentang dirinya , ADAKAH dia di sana juga tidak makan hanya untuk memikirkan tentang kita ? KITA SAMPAI menitiskan air mata dengan lebatnya hanya kerana merindui dirinya yang sudah lama mendiamkan diri tanpa berita , ADAKAH dia di sana juga memikirkan tentang kita sehinnga menitiskan air matanya ? Setiap selepas solat KITA DI SINI mendoakan dirinya di sana , ADAKAH dia di sana mendoakan kita di sini ? 

          Tidak mustahil suatu hari nanti kita mendengar berita bahawa dia benar-benar telah melupakan kita kerana dia telah mendapat kawan baru di tempat baru . Jika keadaan sedemikian benar-benar berlaku , patutkah kita yang selama ni memikirkan tentang dirinya akan terus untuk memikirkan dirinya walaupun dia di sana telah melupakan diri kita di sini ?

        Kenapa hidup ini tidak adil ? kenapa ?? Patutkah dia melupakan kita hanya disebabkan salah faham yang sedikit ? Mungkinkah itu sahaja cara supaya dia dapat mengelakkan diri daripada kita ?


               SAYA AMAT MERINDUI AWAK .
     
                   I LOVE YOU , I MISS YOU :)
          
                     -  MOHAMAD IDRUS -

        

       

0 comments: